Saturday, March 5, 2011

wahida wahida wahida

wahida,
ingat tak masa pertama kali kita kenal?
aisyah tinggal sal, syaza tinggal wae,
"Saya Wahida"
"Saya Salsabila"
:)

wahida,
ingat tak masa kita jalan pergi mana-mana saja?
mesti pegang tangan,
kalau bosan je,
"Jom jalan-jalan jom!"
Lepas tu ayun tangan tinggi-tinggi
XD

wahida,
ingat tak orang dengki sebab kita rapat sangat?
mesti sibuk-sibuk nak jalan tengah-tengah kita?
sal masih tak faham sampai sekarang.
"Jangan pisahkan aku dan dia~"
(lagu Phyneballerz eh?)
;)

wahida,
ingat tak masa KOOP?
mamat pelakon tu ingat kita tingkatan 2?
michael scofield poyo yang comel tu?
mamat tingkatan 4 yang nak mengorat wae tu?
rindu nak jumpa Kak Mimi!!
:0

wahida,
ingat tak masa kita pergi Pulau Pinang?
dekat surau, dia orang tanya siapa idola kita?
"Idola saya Nabi Muhammad S.A.W"
"Oh? ye ke? Idola saya Britney Spears. ke Madonna?"
Hihihi.
:p

wahida,
ingat tak kita rehat masa latihan bahas bahasa inggeris?
ada budak gila bergaduh dengan cikgu sejarah kita?
kita dekat sebelah dah tahan-tahan gelak dah?
kelakar gila!!
;D

wahida,
ingat tak....?
sudah tidak tahu mahu berkata apa.
hihihi.
XD

wassalam.