Tuesday, March 1, 2011

aku

Salam.


aku,
aku seperti terpanggil untuk mengimarakkan agama-Nya,
aku seperti ditarik-tarik untuk sekutu dengan Rasul-Nya,
membuak-buak keinginan untuk menelefoni diri-Nya,
agar ukhuwah makin erat antara aku dengan-Nya,
ALLAHuakbar.

barangkali,
inikah Hidayah yang diuar-uarkan?
petunjuk yang payah putus asa mendatangi hariku?
mahukah aku menggarapnya penuh erat?
akibat kesenangan yang bakal kuterima jika?
aku mahu.

tetapi,
tegakah aku menolak harta dunia?
tegakah aku membuang suara-suara setan?
tegakah aku mencincang kebahagiaan sesaat cuma?
bagi menggapai keabadian rasa?
aku tega.

kerana,
habis rinduku untuk hamba termulia-Nya,
teramat mahu aku tawan kekasih-Nya,
agar digelar umat pada Hari Perhitungan,
supaya damai jantung yang gelabut.

keranaMu ALLAH yang Maha Esa,
disebabkanmu Rasulullah junjungan mulia,
aku terpana dan aku terpaku,
kuasamu tiada cacat cela,
pengaruhmu tiada galang ganti,
aku akur tanpa cerita.

-Salsabila Sazli-

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment