Saturday, March 5, 2011

wahida wahida wahida

wahida,
ingat tak masa pertama kali kita kenal?
aisyah tinggal sal, syaza tinggal wae,
"Saya Wahida"
"Saya Salsabila"
:)

wahida,
ingat tak masa kita jalan pergi mana-mana saja?
mesti pegang tangan,
kalau bosan je,
"Jom jalan-jalan jom!"
Lepas tu ayun tangan tinggi-tinggi
XD

wahida,
ingat tak orang dengki sebab kita rapat sangat?
mesti sibuk-sibuk nak jalan tengah-tengah kita?
sal masih tak faham sampai sekarang.
"Jangan pisahkan aku dan dia~"
(lagu Phyneballerz eh?)
;)

wahida,
ingat tak masa KOOP?
mamat pelakon tu ingat kita tingkatan 2?
michael scofield poyo yang comel tu?
mamat tingkatan 4 yang nak mengorat wae tu?
rindu nak jumpa Kak Mimi!!
:0

wahida,
ingat tak masa kita pergi Pulau Pinang?
dekat surau, dia orang tanya siapa idola kita?
"Idola saya Nabi Muhammad S.A.W"
"Oh? ye ke? Idola saya Britney Spears. ke Madonna?"
Hihihi.
:p

wahida,
ingat tak kita rehat masa latihan bahas bahasa inggeris?
ada budak gila bergaduh dengan cikgu sejarah kita?
kita dekat sebelah dah tahan-tahan gelak dah?
kelakar gila!!
;D

wahida,
ingat tak....?
sudah tidak tahu mahu berkata apa.
hihihi.
XD

wassalam.

Tuesday, March 1, 2011

aku

Salam.


aku,
aku seperti terpanggil untuk mengimarakkan agama-Nya,
aku seperti ditarik-tarik untuk sekutu dengan Rasul-Nya,
membuak-buak keinginan untuk menelefoni diri-Nya,
agar ukhuwah makin erat antara aku dengan-Nya,
ALLAHuakbar.

barangkali,
inikah Hidayah yang diuar-uarkan?
petunjuk yang payah putus asa mendatangi hariku?
mahukah aku menggarapnya penuh erat?
akibat kesenangan yang bakal kuterima jika?
aku mahu.

tetapi,
tegakah aku menolak harta dunia?
tegakah aku membuang suara-suara setan?
tegakah aku mencincang kebahagiaan sesaat cuma?
bagi menggapai keabadian rasa?
aku tega.

kerana,
habis rinduku untuk hamba termulia-Nya,
teramat mahu aku tawan kekasih-Nya,
agar digelar umat pada Hari Perhitungan,
supaya damai jantung yang gelabut.

keranaMu ALLAH yang Maha Esa,
disebabkanmu Rasulullah junjungan mulia,
aku terpana dan aku terpaku,
kuasamu tiada cacat cela,
pengaruhmu tiada galang ganti,
aku akur tanpa cerita.

-Salsabila Sazli-

Wassalam.

Monday, February 28, 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah S.W.T [10 types of solah that is not accepted by Allah]

Salam.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W bersabda:
"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya:-

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membawa sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam tetapi orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki (budak) yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah padanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang zalim dan sombong serta menganiaya.
9. Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya drpd melakukan perbuatan keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Rasullulah S.A.W said:
"Whomever preserve his solah, the solat will be his light, guidance, and the right path. but for he who does not preserve his solah, the solat will not be his light and also not a guidance. it is a wrong path for him."
(Tabyinul Mahaarim)



Rasulullah S.A.W said:
"10 types of people that his solat is NOT accepted by Allah are:

1. a man who pray without bringing anything with him.
2. a man who pray but does not pay zakat.
3. a man who become the imam, but his makmum hate him.
4. a boy who runs away.
5. a man who drink without wanting to stop.
6. a woman whom his husband are not pleased with her.
7. a woman who pray without wearing hijab.
8. an imam or a leader who are arrogant and cruel.
9. man who likes riba'
10. those whom the solah unable to prevent/stop them from committing sinful acts

The Prophet PBUH says:
"If your solah couldn't prevent you from committing sinful acts, thus the solah would only brings about Allah's anger."

Wassalam.